TYT, KM santuni warga TLDM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Berbuka Puasa Warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Masjid Ibnu Battuta, Pengkalan TLDM Kota Kinabalu, Sepanggar, di sini semalam.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berkenan menghadiri majlis itu dan bersama-sama menyantuni pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena Ramadan.

Program itu dimulakan dengan tazkirah ringkas, majlis berbuka puasa sebelum diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih secara berjemaah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris.