KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada Jemaah Haji Negeri Sabah bagi Musim Haji 1447H/2026M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin.
Majlis dimulakan dengan alunan zikir Asma’ul Husna dan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan wakil pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perutusan khas Tun Musa kepada para jemaah.
Majlis kemudian diteruskan dengan sesi bersalaman bersama bakal haji selepas laungan azan.
Bagi musim haji kali ini, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan keseluruhan 1,195 jemaah terdiri daripada 507 lelaki dan 688 wanita.
Pada penerbangan hari ini, seramai 142 bakal haji berlepas dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur bagi menjalani proses Makkah Route sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Seramai 142 bakal haji turut berlepas dari Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menjalani proses Makkah Route sebelum berangkat ke Tanah Suci.
