KOTA MARUDU: Rakyat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong diseru untuk terus mengeratkan hubungan persaudaraan dan memupuk semangat toleransi dalam komuniti.
Pembantu Menteri Kewangan Datuk Julita Majungki berkata sebagai tetangga dekat mereka seharusnya mesti mengamalkan sikap baik, bertimbangrasa dan bertoleransi antara satu dengan yang lain.
Katanya, beliau menggalakkan semua penduduk untuk bekerjasama demi kebaikan dan kesejahteraan kampung.
“Jika ada masalah kampung, bawalah permasalahan itu kepada pemimpin melalui saluran tertentu seperti Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Pejabat Daerah dan Pejabat Perhubungan ADUN,” katanya.
Julita merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong berkesempatan melawat Balai Raya Kg Tamisan yang digunapakai untuk Tabika Kemas dan juga jambatan kampung yang perlu dibaiki dan ditambahbaik.