34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

Tentera, polis siap siaga kekang elemen luar ambil kesempatan ketika PRU15

SEMPORNA: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) siap siaga dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang sebarang elemen luar daripada mengambil kesempatan terutama sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung.

Ketua Staf Markas ATB 2, Kolonel Wan Amir Zaki Wan Hassan, berkata ATB 2 menjalankan operasi sedia ada bagi memastikan sempadan perairan negara tidak diceroboh.

“Selain kerjasama operasi di bawah koordinasi Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom), kami juga bekerjasama dengan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau dalam menangani jenayah rentas sempadan,” katanya di sini hari ini.

Program sehari itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan memasak ransum tempur.

Wan Amir Zaki dalam pada itu berkata, ATB 2 juga berjaya menggagalkan beberapa siri jenayah rentas sempadan termasuk cubaan pendatang haram menyusup ke perairan Sabah dan cubaan menyeludup minyak petrol termasuk rokok.

Selain itu, beliau berharap bilangan keanggotaan di markas ATB 2 serta aset kenderaan dapat ditambah bagi memastikan tugasan operasi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Sementara itu, Muez berkata, Kementerian Pertahanan akan melihat keperluan aset sedia ada khususnya dari segi persenjataan serta mempertingkat kemudahan seperti perumahan dan kem di Sabah.

“Dalam perancangan akan bina kem dan perumahan baharu untuk tentera darat Kem 5 Briged Kota Belud dan juga Kem 13 Briged Lahad Datu ini untuk kemudahan lebih selesa,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles