PRU15: Sabah dan Sarawak selayak jadi Perdana Menteri- Mohd Azis

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak mempunyai kredibiliti untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Calon Parti Warisan (WARISAN) Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, bukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar seorang sahaja yang layak malah Sabah dan Sarawak adalah lebih layak berbanding mereka.

Katanya, jangan perlekah kemampuan kedua-dua negeri ini berikutan selepas PRU15 mereka sangat memerlukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Kalau di Sungai Buloh ada KJ, di Sepanggar ada DAJ (Datuk Mohd Azis Jamman.. Apa dia orang ingat kita di Sabah dan Sarawak tidak layak….Jangan perkecilkan kami di Borneo ini.

“Ayuh semua rakyat Sabah dan   Sarawak kita buktikan dalam PRU15 kedua-dua negeri ini memastikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan segera,” katanya dalam siri kempen di Kampung Minintod Inanam di sini malam ini.

Mohd Azis juga Ketua Penerangan Warisan berkata, Sabah tidak memerlukan jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tidak bersifat kekal seperti diumumkan dalam manifesto UMNO dan Pakatan Harapan.

“Jika Sabah dan Sarawak jadi Perdana Menteri sudah tentu MA63 akan dilaksanakan serta berjalan serta merta..Kita tidak lagi payah menunggu lama.

“Mari rakyat Sabah dan Sarawak…..mereka perlukan kita membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, kita mesti UNITY sekali gus menjadi kuasa penentu selepas PRU15 ini,” katanya.