MEMBAKUT : Kerajaan negeri akan memastikan beberapa sekolah dikenal pasti terjejas akibat banjir bantu akan disalurkan bantuan melalui peruntukan dibawah Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan akan disalurkan berjumlah RM5,000 hingga RM10,000 akan digunakan bagi aktiviti kegunaan gotong-royong membersih serta menggantikan peralatan rosak akibat bencana banjir.

Katanya, TPNS akan memastikan semua sekolah terjejas banjir melibatkan kawasan Membakut, Beaufort, Tenom, Keningau akan disalurkan peruntukan ini dalam tempoh terdekat.
“Kita akan pastikan sekolah ini dapat dibantu, kemudian dibersihkan segera untuk membolehkan aktiviti persekolahan tidak terjejas serta pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan dijalankan seperti biasa.
“Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan melalui TPNS, insyaAllah kita akan berikan kepada mereka untuk keperluan bergotong-royong membersih, mengemas semula atau mengganti apa-apa yang perlu untuk keselesaan anak-anak di sekolah,” katanya.
Mohd Arifin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, beliau merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) serta pengetua memberikan kebenaran untuk menjadikan sekolah sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Mudah-mudahan usaha ini akan dapat berterusan, dalam masa sama kita dapat memberikan keselesaan kepada masyarakat kepada penduduk terjejas banjir.
“Kita berharap agar semua mangsa dapat bersabar atas ujian Allah dibulan Ramadan menyebabkan rumah mereka terjejas banjir manakala semua perabot rosak akibat banjir,” jelas Mohd Arifin.
Sementara dalam perkembangan sama, Mohd Arifin akan membawa cadangan pewujudan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) ke mesyuarat cabinet dalam persediaan menghadapi bencana banjir di masa depan.
“Kita akan bawa Cadangan ini ke mesyuarat kabinet untuk memohon sebuah Pusat Pemindahan Kekal bagi Daerah Membakut ini. Bagaimana diperoleh di daerah Beaufort di Selagon kita akan dapat di Membakut.

“Langkah ini untuk membolehkan keselesaan kepada mangsa banjir manakala lokasinya Cadangan ini sudah kenal pasti. Sebelum ini, kita pun ada cadangan sama lokasi di Pekan Membakut, kata Mohd Arifin.