KOTA KINABALU: Tunas Asas Bola Sepak Bandaraya Kota Kinabalu (TABS) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mendiang bekas pemain skuad Piala Belia Sabah, Mc Drint Manus yang terbabit dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Timbalan Pengerusinya, Lokman Sunggim berkata, sumbangan ini dilihat mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga selepas mendiang terbabit dalam kemalangan tersebut.
Katanya, pengurusan TABS terkejut serta sedih di atas pemergian pemain pertahanan yang berusia 23 tahun merupakan seorang yang sangat berpontensi dalam kariernya..
“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang terutama kedua ibu bapanya yang ketika ini berada di Keningau. Dikesempatan ini kami menghulurkan sedikit sumbangan kepada ahli keluarga bagi meringankan beban mereka,” katanya.
Lokman berkata, mendiang Mc Drint juga merupakan bekas pemain Kota Kinabalu serta bekas pelatih dan pemain TABS sekali gus sangat berpontensi untuk diketengahkan.
Hadir sama, Setiausaha TABS Amsir Abdullah, Ahli Jawatankuasa, Moksin Dusin serta Ketua Jurulatih, Matasan Ahmad.