KOTA KINABALU: Cadangan pembinaan Kompleks Sukan Membakut kini berada di landasan pelaksanaan apabila projek berkenaan disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan kini sedang melaksanakan proses pewartaan tanah sebelum projek itu dapat diteruskan.
Beliau berkata, anggaran kos dan tempoh pembinaan hanya akan dimuktamadkan selepas urusan pengambilan tanah serta kelulusan pihak berkuasa tempatan selesai.
Katanya, kementerian turut menjalankan lawatan tapak bagi menilai kesesuaian lokasi serta keperluan teknikal projek.
