SANDAKAN: Senyuman terukir di wajah itulah gambaran kegembiraan asnaf yang telah menerima manfaat daripada sumbangan PAS Sandakan berbentuk pek barangan keperluan dapur yang diedarkan di sekitar daerah ini semalam.
Sumbangan pek barangan dapur itu diedarkan kepada fakir miskin serta golongan memerlukan hasil sumbangan orang ramai yang turut prihatin dengan nasib sebilangan rakyat susah dan kehilangan sumber pendapatan.
Seorang penerima, Puan Murni Kasim, 40 mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Sandakan yang prihatin dengan nasib mereka khususnya ketika menghadapi ujian pandemik COVID-19 ini.
Disamping itu, Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid berkata, partinya akan sentiasa komited membantu mereka yang memerlukan dengan kemampuan yang mereka miliki
Tambahnya, ukiran senyuman yang terpampang diwajah para penerima sudah cukup memberikan rasa puas hati petugas parti itu kerana dapat membantu meringankan beban pendapatan mereka.
Hadir sama dalam program ini, Ketua Penerangan PAS Sandakan, Mustaman Mustain serta beberapa orang ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Sandakan.