KOTA KINABALU: Kerajaan pusat perlu menyalurkan segera peruntukan khas bagi menyelesaikan masalah kerja-kerja kecemasan membabitkan kes bencana alam di negeri ini.
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, sejak kebelakangan ini kerap kali berlakunya bencana alam termasuk cerun serta jambatan runtuh, masalah banjir selain kebakaran yang melibatkan kawasan perkampungan memerlukan peruntukan segara untuk memperbaikinya.
“Jika berlaku masalah ini sudah tentu memerlukan kos tinggi untuk melakasanakan kerja-kerja pembaikan..jika kita memohon kepada kementerian berkaitan prosesnya tentu memakan masa yang sangat lama.
“Ini menyebabkan kerja pembaikan tersebut lambat dilaksanakan, perkara ini sudah pasti sangat membebankan rakyat. Mohon perhatian agar masalah penyalurkan peruntukkan ini dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Beliau berkata demikian mengambil bahagian dalam sesi perbahasan membahas titih ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri mencadangkan agar kerajaan pusat menyediakan dana khas sekitar RM200 juta hingga RM300 juta setahun untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan di negeri ini.
Dalam perkembangan sama Menteri Kerja Raya Sabah itu mengulangi hasrat kerajaan negeri agar Sabah diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan projek pembangunan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub baru ini.
“Sabah sudah merdeka melalui Malaysia selama 58 tahun… Namun dari segi pembangunan sangat ketinggalan jauh berbanding lain-lain negeri. Ini merupakan punca utama Sabah masih dikategorikan termiskin,,” katanya.
Menyentuh mengenai perlaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, menegaskan agar kerajaan pusat menyegerakan kelulusan dipohon kerajaan negeri agar projek tersebut dilaksanakan secara pembiayaan Swasta (PFI).