Sistem, Prosuder Lapuk Dalam SESB Perlu Dimantapkan – Suryady

TAWAU: Sistem dan prosedur yang tidak dinamik serta lapuk dalam sesebuah organisasi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu dihapuskan.

Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, SESB merupakan organisasi utiliti di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menuntut warganya sentiasa memantapkan kecekapan masing-masing, terutamanya kumpulan yang berhadapan dengan pengguna setiap hari. 

“Justeru, perkhidmatan berasaskan integriti, kebertanggungjawaban, berkualiti tinggi, responsif dan bersedia memenuhi kehendak pelanggan semasa samada pelanggan dalaman maupun pelanggan luar amat penting,” katanya di sini hari ini.

Andi memuji SESB yang telah membangunkan satu aplikasi bagi memudahkan pengguna untuk mengakses perkhidmatan SESB dengan cepat dan pantas. 

“Aplikasi mobil mySESB merupakan satu usaha SESB ke arah pendigitilan. 

“Aplikasi ini membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan SESB pada bila-bila dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya.