Sidang DUN Sabah – 541 unit Rumah Mesra SMJ telah disiapkan, 959 masih dalam pembinaan

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dibina di negeri ini yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri.

Pembantu Menterinya Datuk Samad Jambri berkata daripada jumlah itu, 541 unit telah siap dan 959 masih dalam pembinaan.

Ia dilaksanakan melalui Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil di seluruh Negeri Sabah, katanya pada jawapan lisan soalan (Datuk Jonnybone J. Kurum-Telupid) di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.