KOTA KINABALU : Isu penutupan kolam renang Kompleks Sukan Kota Kinabalu disebabkan terdapat empat kerja-kerja pembaikan serta menaiktaraf sedang dilaksanakan sekali gus tidak menjejaskan persiapan SUKMA Sarawak 2024..
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, status penutupan kemudahan ini sudah dimaklumkan kepada orang ramai melalui notis di premis serta di beberapa media elektronik di seluruh negeri.
Katanya, secara keseluruhan kerja-kerja menaiktaraf ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2024 manakala status kerja menaiktaraf merangkumi Projek papan markah elektronik 100 peratus sudah disiapkan sepenuhnya.
“Manakala kerja-kerja pendawaian semula sistem elektrik ‘short circuit’ – 100 peratus disiapkan manakala Pembinaan bumbung kolam kanak-kanak secara fizikal 98 peratus sekali gus akan siap sepenuhnya pada awal Disember 2023 ini.
“Selain itu kerja-kerja pembaikan sistem perpaipan di kolam renang dijangka akan bermula pada awal Januari 2024. Tempoh penyiapan kerja adalah selama tiga bulan selepas lantikan dianugerahkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Belanjawaan Negeri Tahun 2024 pada persidangan DUN Sabah, hari ini.
Ellron berkata, sementara itu bagi memastikan latihan atlet renang SUKMA negeri Sabah untuk menghadapi Kejohanan SUKMA Sarawak pada 2024 ketika ini berjalan dengan lancar sekali gus latihan dijalankan di kolam renang Kompleks Sukan Penampang sehingga akhir bulan Januari 2024.
“Perkara ini telah dibincangkan bersama dengan pihak persatuan sukan negeri bagi memastikan latihan dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti biasa. Pihak kami memahami kekangan di kolam renang Kompleks Sukan Penampang.
“Penjadualan latihan pasukan SUKMA akan dijalankan, disamping penggunaan awam diselaras bagi memastikan latihan pasukan ini tidak terjejas. Kemudahan kolam Kompleks Sukan Penampang dibuka sehingga malam untuk tujuan latihan,” jelas Ellron.
Sementara itu, status projek pembinaan Kompleks Sukan Tongod merupakan projek
Rancangan Malaysia ke-Sebelas (RMKe-11) dan projek sambungan di bawah Rancangan Malaysia Ke-Dua Belas (RMKe-12) dengan siling sebanyak RM7 juta.
“Kompleks Sukan Tongod dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2024. Manakala pembinaan Kompleks Sukan Kota Marudu di Pekan Tandek sedang berjalan dengan lancar.
“Tidak dinafikan juga terdapat kelewatan disebabkan berikutan faktor cuaca serta bencana alam merupakan menyebabkan pihak kontraktor memohon pelanjutan masa. Sehingga kini kemajuan kerja sebenar sebanyak 48.18 peratus.
“Pihak kontraktor sudah menyiapkan kerja-kerja timbun tanah (earthwork) bagi meninggikan semula aras tanah (Platform Level) dan memulakan kerja-kerja pembinaan balapan sintetik, bangunan pejabat pentadbiran serta ruang parkir awam,” tambah Ellron.