KOTA KINABALU : Sabah International Blue Economy Conference 2024 (SIBEC 2024) sepatutnya berlangsung bermula 2 hingga 4 September ditunda 19 hingga 20 Oktober depan.
Majlis Perasmian SIBEC 2024 akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana.
Antara pengisian SIBEC 2024 adalah investor insight, sidang plenary, forum interaktif dan sesi khas ambassador talks dengan melibatkan Duta-Duta dan Pesuruhjaya Tinggi negara asing.
Mereka akan berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kejayaan berasaskan ekonomi biru dinegara masing-masing.
Seramai 29 speaker dan panel forum dari dalam dan luar negara terdiri dari pemain industri, pengamal ekonomi biru, ahli akademik terlibat semasa SIBEC 2024.
SIBEC 2024 dijangka dihadiri oleh 2,000 peserta dari dalam dan luar negara. Selain itu, semasa SIBEC 2024 juga di adakan pavilion yang mempamerkan inisiatif,
teknologi terkini, inovasi setiap sektor atau komponen Ekonomi Biru dari dalam dan luar negara.
Maklumat lanjut mengenai SIBEC 2024 boleh diperolehi melalui portal https://blueeconomy.sabah.gov.my/ / SIBEC 2024.