KALABAKAN : Umno memerlukan lebih ramai pemimpin serta calon pemimpin yang memiliki kriteria mudah disenangi rakyat sekali gus boleh mencatat kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri ke -17 (PRN17) akan datang.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata, adalah penting untuk mempunyai pemimpin bersedia membantu mereka dalam apa jua keadaan, tanpa mengira masa terutamanya ketika ditimpa bencana.
Katanya, faktor ini sudah akan menyumbang kepada kemenangan serta mampu memberikan impak besar sekali gus bersedia perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Jika kita berjaya tonjolkan pemimpin serta bakal calon yang mempunyai ciri-ciri seperti ini peratusan UMNO untuk menang adalah lebih tinggi.
“Jika UMNO mempunyai ramai pemimpin mempunyai ciri-ciri ini mudah untuk parti mengetengahkan mereka pada (PRN17) akan datang,” jelas Mohd Rafi.
Menurutnya, beliau mengingatkan sesiapa sahaja ingin menjadi calon perlu bersedia menonjolkan diri serta melaksanakan kerja-kerja sebagai seorang calon yang mudah dikenali dan didekati rakyat.
“Ingin menjadi calon perlu bekerja keras mendekati akar umbi, tidak hanya berdiam diri sehingga DUN dibubarkan baru bergerak aktif.
“Dalam masa sama UMNO perlu memanafaatkan pelbagai medium media sosial sebagai Platform
untuk menampilkan diri melalui program yang dianjurkan parti,” kata Mohd Rafi.