Sepasang suami isteri didakwa bunuh pembantu rumah

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh pembantu rumah mereka di sebuah kondominium di sini, tengah bulan ini.

Memetik laporan FMT online hari ini, Kontraktor, Mohammad Ambree Yunos, 40, dan isterinya yang juga seorang jurutera, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulang, 33, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Jessica Ombou Kakayun.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.