KOTA KINABALU: Kebenaran pelancong yang sudah lengkap divaksinasi memasuki Sabah tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19, mulai 1 Dis ini, dijangka mampu melonjakkan sektor pelancongan di negeri ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin berkata, aktiviti pelancongan negeri Sabah yang akan kembali pulih selepas kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan bermula awal bulan depan.
Katanya, ini diikuti dengan kelonggaran yang diberi kepada pelawat yang masuk ke negeri itu tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Disember depan.
“Kita turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diatas kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan baru baru ini.
“Langkah ini sudah tentu menggerakkan kembali industri pelancongan domestik sekali gus memberi peluang kepada industri pelancongan tempatan kembali berada dilandasan terbaik,” katanya.
katanya, pihak industri dan masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan membangunkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Antara langkah yang kini giat dilaksanakan oleh pihak KePKAS, menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), adalah termasuk pengiklanan promosi penawaran pakej percutian kepada orang awam.
Langkah proaktif ini dilihat berjaya membantu sektor pelancongan kembali bersinar.
Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemain industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian