32 C
Kota Kinabalu
Sunday, April 2, 2023

Sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh – Norazlinah

Sedia disiasat SPRM sekiranya Shafie punya bukti kukuh – Norazlinah

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tindakan meninggalkan Parti Warisan (WARISAN) baru-baru ini.

Katanya, jika Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mempunyai bukti kukuh bahawa beliau menerima imbuhan untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM sekiranya Shafie ada bukti kukuh. Saya beberapa kali menafikan sebelum ini kerana saya difitnah kemudian berani bertindak untuk membuat laporan polis.

“Saya keluar WARISAN dengan rela hati kerana tidak lagi setuju dengan hala tuju parti yang tidak konsisten. Jika ada bukti minta dilaporkan secara rasmi kepada SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazlinah berkata, mutakhir ini tindakan dan halatuju Warisan tidak lagi konsisten sekali gus keengganan Warisan menyatakan sokongan seperti yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU15).

Ini sehingga menyebabkan insiden Langkah Kinabalu menyifatkan  perkara ini amat tidak sihat untuk Sabah.

“Keadaan Polemik politik perlu berakhir, agar semua ADUN diberikan peluang untuk menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan terbaik di kawasan masing-masing.

“Biar pihak berkuasa menjalankan siasatan secara terperinci….Jangan heret ADUN serta parti ke kancah perebutan kuasa,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles