UMS-IFEA jalin kerjasama laksana program latihanindustri makanan

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan International Future of Education Association (IFEA) menjalin kerjasama dua hala bagi pelaksanaan beberapaprogram latihan industri makanan di dalam dan luar negara.

Kerjasama itu meliputi Program Sijil Auditor Halal Antarabangsa, Program Kesedaran Industri Halal, AmalanPengilangan Baik (GMP) dan Analisis Bahaya dan TitikKawalan Kritikal (HACCP).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor, memorandum perjanjian (MoA) tersebut merupakansatu bentuk kerjasama yang signifikan dalam menyebar luasilmu dan latihan berkaitan keselamatan makanan dan jaminanhalal khususnya dalam kalangan industri makanan di dalamdan luar negara.

Tambahnya melalui MoA tersebut dapat memberi impakpositif kepada pemain industri makanan khususnya di negeri Sabah dan Malaysia secara amnya.

Selain itu, usaha sama ini juga secara tidak langsung dapatmemacu usaha kerajaan dalam memastikan penghasilanmakanan yang bersih dan selamat atauhalalan toyyibandalam kalangan industri dan seterusnya menjaminketersediaan makanan masyarakat dan kesejahteraanpengguna.

Ini selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan2021-2025 dan juga Pelan Induk Industri Halal 2030 yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini, katanya.

Justeru kata Kasim, pihaknya yakin MoA tersebut akanmemberi manfaat dan faedah yang sangat besar dalammeningkatkan keterlihatan UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Saya mendoakan agar pemeteraian MoA ini akan menjadipemangkin kepada kerjasama dan usaha sama kedua-dua belah pihak pada masa hadapan, khususnya dalam latihan dan konsultasi berkaitan keselamatan makanan dan jaminanhalal,” tambahnya.

Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan oleh Kasim bersama Presiden IFEA, Nicholas Hsiu Wei Kong di FakultiSains Makanan dan Pemakanan (FSMP) UMS.

IFEA merupakan sebuah organisasi yang tidak berasaskankeuntungan (non-profit organization) yang dibentuk oleh individu, syarikat dan institusi pendidikan dan lain-lain yang berkaitan untuk mempromosikan pendidikan dan kerjasamaantarabangsa dengan menggalakkan hubungan budaya, akademik pendidikan, latihan dan kesukanan termasuklahuniversiti-universiti di Malaysia, China, Taiwan, Jepun dan Korea.