Sebanyak 70 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersasar di Lahad Datu

Oleh: Syarmilah Salleh
LAHAD DATU: Polis mengeluarkan sebanyak 70 saman kepada pemandu kereta sapu menerusi ‘Operasi Bersasar’ dalam usaha untuk menguatkuasakan pemantauan serta pematuhan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan sejak 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata, atas kesalahan tersebut sebanyak tiga dikompaun dikeluarkan atas kesalahan di bawah Peraturan 17 iaitu Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit selepas didapati gagal mematuhi sop PKP.

Katanya, dalam operasi itu satu tangkapan melibatkan warga asing yang didapati melanggar peraturan PKP serta disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu di bawah Peraturan Ppencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Antara kesalahan lain semasa operasi ini dijalankan iaitu terdapat empat individu dikenalpasti melanggar peraturan PKP. Tiga daripadanya mereka dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

“Seorang lagi didapati melakukan kesalahan menaiki kenderaan bukan dari isi rumah yang sama dikenakakan tindakan di bawah Kesalahan Peraturan 5 (A) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan boleh diambil tindakan di bawah peraturan 17 peraturan yang sama,” katanya.

ACP Dr Rohan Shah berkata, setakat ini operasi tertumpu di beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat utama bagi pemandu kereta sapu menjalankan kegiatan mereka itu di sekitar Jalan Mawar, Jalan kastam serta dan Jalan Pantai di sekitar bandar ini.

Polis menjalankan pemeriksaan dalam operasi bersasar di Lahad Datu.

“Operasi Bersasar itu akan diteruskan setiap masa semasa PKP 3.0 dijalankan untuk memastikan masyarakat Lahad Datu sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa disamping mempraktikkan norma baharu dalam usaha menangani pandemik Covid-19 di negeri ini,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply