KALABAKAN: PAS Sabah menyarankan agar semua parti politik menghentikan polemik politik sebaliknya memberi fokus terhadap usaha menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
Ketua Penerangannya, Ahmad Dullah berkata, pendekatan ini begitu penting memandangkan kes harian COVID-19 menunjukkan angka sangat membimbangkan meskipun kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’ di seluruh negara.
Katanya, catatan kes harian COVID-19 yang tinggi dengan purata kes kematian yang bertambah setiap hari memerlukan semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik bagi mengatasi masalah ini.
“Usaha mengurangkan penularan COVID-91 dalam masyarakat banyak bergantung kepada sejauh mana kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard
(SOP).
“Ia memerlukan sokongan orang politik bagi menyampaikannya kepada rakyat agar semua mematuhi mereka patuh dengan tidak keluar rumah tanpa ada sebarang tujuan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini.
Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Kalabakan menyarankan agar semua pihak termasuk parti pembangkang perlu mengambil tanggungjawab serius dengan memainkan peranan sewajarnya untuk memastikan graf penularan COVID-91 dapat dikurangkan.
Dalam perkembangan sama beliau turut menyarankan orang ramai untuk membuat pendaftaran vaksin COVID-19 serta menyokong usaha kerajaan serta tidak terpengaruh dengan berita palsu tentangnya yang tersebar dalam masyarakat.
“Bukan sahaja kerajaan, malah parti politik pembangkang juga perlu menyokong pengambilan vaksin ini dengan membantu menggalakan orang ramai mendaftar melalui Apikasi MySejahtera,” katanya.
SabahNewsToday