LAHAD DATU: Semua pihak harus ‘Henti seketika Berpolitik’ serta fokus untuk bersama kerajaan bagi mengurangkan kadar peningkatkan mendadak pandemik COVID-19 di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, ketika ini sedang berusaha memikir untuk melaksanakan pelbagai kaedah untuk membendung penularan virus ini.
Katanya, ini kerana sebelum negara tidak pernah diuji dengan wabak COVID-19 memerlukan kerjasama semua pihak bersama-sama kerajaan untuk menangani masalah tersebut dalam tempoh terdekat.
“Melalukan sesuatu perkara baharu bukanlah sesuatu yang mudah….lebih-lebih lagi apabila ada pihak tertentu cuba memperlekehkan dengan memberi tanggapan negatif kepada pihak kerajaan.
“Mereka juga begitu cepat untuk menghukum tanpa memberi peluang kepada kerajaan untuk membuktikan keupayaan atau kebenaran bagi mengatasi penularan pandemik COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Abdul Hakim yang juga Ketua Bersatu Bahagian Lahad Datu menyifatkan perbuatan mengkritik itu seolah-olah seperti ‘Menangguk di air yang keruh’ kononnya kerajaan gagal dalam menangani pandemik COVID-19 di negara ini.
“Sikap segelintir pemimpin pembangkang yang kerap mengkritik serta membidas usaha kerajaan menjadikan isu pandemik COVID-19 ini sebagai isu politik menjadikan negara bergelut menghadapi krisis kesihatan yang semakin kritikal,” katanya.
Beliau yakin dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyddin Yassin pandemik COVID-19 ini akan mampu ditangani secara professional dalam tempoh terdekat.
“Sewajarnya pihak pembangkang perlu menunjukkan sedikit rasa simpati kerana sekarang bukan masanya untuk mengkritik atau melemparkan kata-kata sehingga merendahkan kerajaan sedia ada,” katanya.
SabahNewsToday