“Saya sanggup berkorban untuk rakyat Sabah,” kata Shafie

KOTA KINABALU : Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memuji sikap ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani amalan rasuah bagi meningkatkan keyakinan pelaburan asing dan tempatan.

Katanya, pendekatan yang tegas dalam menangani masalah serta khususnya melibatkan gejala rasuah harus diberi pujian sewajarnya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sejak mengambil alih lawan rasuah, harap yang berlaku pada hari ini kita akan serah sama kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Kita biarkan agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menyiasat seperti yang tersebar di portal media sejak beberapa hari ini,” katanya hari ini.

Menurutnya, selepas mengambil alih kerajaan nanti beliau akan memastikan lesen mineral akan diletakkan dibawah Yayasan Sabah.

“Kita akan pastikan ia mampu membantu kepada anak-anak Sabah mempoleh biasiswa pendidikan. Saya sanggup berkorban untuk Sabah,” kata Shafie.

Ketika berucap di majlis itu beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata, Warisan kini mempunyai seramai 400,000 keahlian sekali gus boleh memperoleh 40 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Apa yang penting semua ahli mesti berpadu bersatu. Apabila sudah umum letak calon boleh menang, kita perlu menyokong sekali gus memastkan calon tersebut menang.

“Saya yakin rakyat Sabah sudah insaf berada empat tahun dibawah pemerintah sekarang. Kali ini kita yakin Warisan akan kembali menjadi kerajaan selepas PRN kelak,” jelas Shafie.