25 C
Kota Kinabalu
Saturday, January 22, 2022

”Saya kekal bersama Bersatu” – Saifuddin Abdullah

KUANTAN, 15 Jan — Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau akan terus kekal bersama parti itu dan tidak mengikut jejak langkah beberapa ahli politik bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Luar itu berkata ia adalah “hak masing-masing untuk menubuhkan parti” walaupun menaruh harapan agar “teman-teman dan kenalan daripada PKR dahulu” terus bersama beliau dalam Bersatu.

“Saya dukacita kerana Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sangat akomodatif kepada teman-teman yang meninggalkan PKR. Jadi pada saya, budi baik Presiden dan juga layanan oleh pimpinan Bersatu kepada kami yang keluar PKR sangat dihargai.

Saya agak terkilan kerana sepatutnya kita sama-sama membalas budi baik Presiden dengan memperkuatkan lagi parti Bersatu namun hak mereka untuk menubuhkan parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan KRT Cenderawasih di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa ahli politik yang keluar daripada PKR menyertai PBM antaranya Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan bekas pemimpin PKR Zakaria Abdul Hamid, yang kemudian menyertai Bersatu.

– BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

156,622FansLike
2,008FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles