Sapawi bersama Hakim kekalkan jawatan Yang Dipertua USIA, Timbalan bagi penggal kedua

KOTA KINABALU : Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad mengekalkan jawatan bagi penggal kedua untuk tempoh 2025-2027.

Keputusan dibuat perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 yang berakhir kelmarin.

Sapawi memperoleh 192 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Mohammad Yusof Apdal yang memperoleh 124 undi manakala terdapat enam undi rosak.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua USIA, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan juga mengekalkan bagi penggal kedua dengan memperoleh 183 undi, manakala pencabarnya Mandaile Basri mendapat 133 undi.

Lima jawatan Naib Yang Dipertua USIA pula masing-masing dimenangi Datuk Arshad Idris, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, Datuk Pg Abd Rahman Pg Digadong Muhammad Galpam, Rafaeh Md Enarji dan Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir.

Mesyuarat perwakilan itu dirasmikan pada Jumaat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Noor  diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya.

Dalam pada itu, Ketua Belia USIA Datuk Jamawi Jaafar juga mengekalkan jawatan dalam persaingan satu lawan satu.

Beliau memperoleh 195 undi manakala pencabarnya, Syahfiq Edul mendapat 114 undi.

Ketua Wanita USIA Datuk Siti Aminah Aching turut mengekalkan jawatan dengan mendapat 222 undi, manakala pencabarnya Nirma Habibi mendapat 98 undi.

Sementara 18 jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang menang terdiri daripada  Zulpah Datu Mustapha, Dr Mechor @ Abdul Halim Juinis, Ahmaddin Mohd Said, Serubih Marimin, Mohd Halikin Angga dan Hajah Nursuhana Abdullah.

Hajah Aisah Saadiah Zainal, Yahya Zainal, Pajudin Nordin, Datu Mazlan Datu Ibrahim, Datuk Dr Mingu Jumaan dan Abidin Darus.

Yang lain Nanih Abah, Ahmad Mohd Said, Mohamad Sufan Baharin, Edul Mulud, Matrudin Radin dan Raisin Gagah.

Jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap masing-masing dimenangi Datuk Ismarah Madcasar dan Mohd Yassin Mohd Yunus.