Sambutan perayaan dijadikan teras perpaduan rakyat – Jamawi

TENOM : Setiap perayaan diraikan rakyat pelbagai kaum di Malaysia perlu dijadikan sebagai teras perpaduan selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap Datuk Jamawi Jaafar, berkata perkongsian perayaan juga merupakan kunci utama kepada keharmonian kaum serta kesejahteraan rakyat dan negara.

Katanya, perkongsian perayaan melalui konsep rumah terbuka dalam perayaan-perayaan utama di Sabah seperti hari raya aidil fitri, tahun baru cina dan krismas dengan semangat kunjung mengunjungi yang sudah menjadi amalan rakyat di negeri ini.

“Kita raikan kepelbagaian kaum dan agama menerusi semangat toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain sebagai asas untuk memperkukuhkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya ketika menghadiri majlis “ Kiniraut” (Makan Tengahari) bersama sanak saudara di kampung Maugus Kemabong dekat sini, kemarin.

Majlis tersebut merupakan himpunan ahli keluarga dari keturunan Aru Ekau Malinau.

Sehubungan itu, Jamawi berharap kepelbagaian di negeri ini wajar terus dipelihara bagi menjamin keamanan memakin kemakmuran dan menjalin perpaduan sesama rakyat Malaysia.

Menurutnya kerajaan negeri hari ini dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mempunyai agenda besar untuk membawa kemakmuran melalui gagasan “Sabah Maju Jaya” yang memfokuskan pelbagai aspek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang sudah tentu memerlukan sokongan padu rakyat di negeri ini

“Kita perlu menghargai setiap keunikan dan tradisi masing-masing tanpa mengabaikan nilai perpaduan yang telah membawa kita bersama hidup dalam susana harmoni selama ini, saling menghormati dan kerjasama, kita boleh mencipta sebuah masyarakat lebih bersatu padu dan sejahtera,” kata Jamawi.