KENINGAU: Kerajaan Sabah terus mempergiat usaha memperkasa sektor pertanian apabila seramai 142 peserta menyertai Kursus Transformasi Penanaman Durian di Keningau.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Jamawi Jaafar berkata, program itu sebahagian daripada strategi memperluas pemindahan ilmu kepada petani dan usahawan tani di seluruh Sabah.
Menurutnya, pendekatan lebih tersusun termasuk pelaksanaan program mentor-mentee menerusi inisiatif Kebun Dapur dijangka meningkatkan kadar kejayaan peserta sehingga 80%.
Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri menyediakan kemudahan pembiayaan termasuk pinjaman tanpa faedah sehingga RM30,000 serta skim kadar rendah melalui Agrobank.
Selain itu, Keningau disasar sebagai lokasi pembangunan pusat pemprosesan hasil pertanian bagi meningkatkan nilai tambah dan peluang ekonomi kepada penduduk setempat.
