KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik hasrat kerajaan Turki bagi mewujudkan hubungan dagangan secara terus bersama negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Haji Noor berkata, Sabah berminat menjalin hubungan dua hala sekali gus mengalu-alukan minat yang ditunjukkan kerajaan Turki.
“Kita bersetuju dengan menerima baik idea tersebut disamping melakukan langkah terbaik untuk memantau pelaburan dari negara Turki,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dalam pertemuan bersama Duta Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu, hari ini.
Dr Merve sebelum itu memaklumkan kepada Hajiji pihaknya tidak melihat Sabah sebagai hanya sebuah negeri di Malaysia, sebaliknya sebagai pintu gerbang di rantau Asian.
Katanya, sekumpulan ahli perniagaan dari Turki akan datang ke Kuala Lumpur pada Mac depan, sebahagian daripada mereka akan melawat Sabah untuk mencari peluang pelaburan.
“Selain ingin melihat inisiatif dalam sektor hubungan dagangan aerta pendidikan, mereka mahu memperkenalkan Sabah sebagai destinasi pelancongan,” katanya.
Dr Merve berkata ini bukan sahaja di negara Turki malah dibeberqpa negara jiran yang menjalinkan hubungan rapat bersama Turki.