24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Ruddy nafi sokong WARISAN bentuk kerajaan

PITAS: Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah menafikan dakwaan kononnya beliau akan menyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya, semalam tular pelbagai mesej memaparkan namanya serta beberapa pemimpin lain di dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya beliau beralih arah menyokong WARISAN untuk membentuk kerajaan negeri adalah tidak benar.

“Saya tegaskan di sini dakwaan itu tidak benar sama sekali dan menafikan dakwaan dalam mesej tersebut yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab kerana ia adalah fitnah semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas menegaskan bahawa menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ruddy menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran mesej berkenaan dan perlu menyiasat terdahulu kesahihan maklumat yang tular berkenaan.

SabahNewsToday
 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles