SEMPORNA: Seorang kru bot dilaporkan hilang manakala empat lagi cedera selepas dua bot penumpang bertembung di perairan kira-kira 0.3 batu nautika di timur Jeti Pelancong Semporna, awal pagi Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, kru yang hilang dikenali sebagai Rosman Kandau, 24, dan disahkan tidak ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, bot pertama yang membawa lima kru mengalami kerosakan teruk akibat pelanggaran tersebut, manakala empat mangsa termasuk juragan bot mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Sebuah lagi bot yang terlibat membawa dua kru dan kesemuanya dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu melalui talian 999 pada jam 11.30 pagi.
Susulan laporan diterima, operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) telah diaktifkan pada jam 1.50 petang dengan penglibatan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama Pasukan Polis Marin dan
Operasi pencarian meliputi kawasan seluas tiga batu nautika persegi dan masih diteruskan setakat ini.
