Rekod baharu 11,079 kes Covid-19, lebih separuh di Selangor

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 11,079 kes baharu Covid-19 rekod tertinggi dilaporkan.

Sebelum ini rekod tertinggi dilaporkan pada 10 Julai lalu iaitu 9,353 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus kekal menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 5,263 kes dengan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan.

Ini disusuli Kuala Lumpur dengan 1,521 kes, Negeri Sembilan (1,033), Kedah (497), Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321), Sabah (239), Pulau Pinang (234), Kelantan (211), Terengganu (93), Putrajaya (77) dan Labuan (60), manakala Perlis tidak mencatatkan kes baharu.

 

BERITA LANJUT MENYUSUL