PRU15: Isu peniaga kecil di Pasar Inanam diambil perhatian segera – Mohd Azis

INANAM: Peniaga kecil di Pasar Inanam berpeluang secara bersemuka mengemukakan tiga isu utama kepada Calon Parti Warisan (WARISAN) Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

Mohd Azis berkata, tiga isu itu membabitkan runggutan orang ramai mengenai kenaikan harga barang serta masalah pendapatan seharian mereka terjejas teruk.

Katanya, selain itu masalah kekurangan orang ramai tidak singgah ke Pasar Inanam berikutan lebih selesai memberi barangan keperluan harian di pusat beli yang berhampiran.

“Kita akan ambil perhatian terhadap isu-isu seumpama ini…Rata-rata peniaga kecil di Pasar Inanam sudah berniaga melebihi 15 hingga 30 tahun.

“Mereka mendakwa, sejak COVID-19, pendapatan peniaga kecil sangat terjejas. Jika sebelum ini mereka boleh meraih pendapatan sehingga RM500 sehari namun ketika ini hanya sekitar kurang RM100 sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan walk about di sekitar Pekan Inanam hari ini.

Mohd Azis berkata, faktor lain menjadi penyumbang apabila orang ramai lebih gemar membeli keperluan harian di pusat beli belah di sekitar ibu negeri.

“Kita menyeru agar orang ramai datang serta menyokong membeli keperluan harian di Pasar Inanam kerana mereka menjual barangan segar dan harga berpatutan,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Mohd Azis menggesa agar pengundi di Inanam agar terus memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Warisan mempunyai track record yang baik. Meski pun dalam keadaan menjadi pembangkang di Parlimen Sepanggar…..Kami masih boleh membantu rakyat serta kekal berprinsip,” katanya.

“Kita melahirkan keyakinan mereka (Pengundi) ada asas penting untuk mengekalkan Warisan di Parlimen Sepanggar pada PRU15 nanti,” katanya.