KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Hajiji Noor mengutuk sebarang kekerasan serta kekacauan dalam apa juga bentuk semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Menurutnya, beliau meminta agar orang ramai terutama penyokong mana-mana parti agar tidak emosi sekali gus kekal tenang bagi memastikan kelancaran pilihan raya ini.
Hajiji mengulas mengenai insiden di pusat penamaan calon di Tenom pagi semalam yang mana didakwa berlaku rusuhan apabila pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) ditolak.
Hajiji menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat punca insiden berkenaan.