Program kemasyarakatan, khidmat bakti gerak kerja utama UMNO – Bung Moktar

KINABATANGAN: Program kemasyarakatan dan khidmat bakti merupakan gerak kerja utama bagi UMNO dan bukannya dilaksanakan semata-mata untuk persediaan bagi berdepan pilihan raya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, gerak kerja bersama rakyat telah sebati dalam UMNO selama ini tanpa mengira musim terutamanya menziarhi mereka yang ditimpa musibah, sakit atau kematian.

“Amalan ini telah lama kita laksanakan tanpa musim tanpa mengira fahaman politik ,melalalui program ziarah ini, kita mahu menjadi sebuah parti politik yang sentiasa dekat dihati rakyat,” katanya pada program ziarah di beberapa buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri Lamag, baru-baru ini.

Bung Moktar yang juga Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan meminta agar semua bahagian-bahagian UMNO di negeri ini sentiasa mengaktifkan program ziarah ini tanpa mengira masa dan kumpulan sasaran dimana kegiatan ini boleh merapatkan hubungan kepimpinan parti dengan pengundi di peringkat akar umbi.

Katanya kepimpianan UMNO di semua bahagian perlu memainkan peranan aktif menjayakan program-program kemasyarakatan jika tidak mahu parti itu dilabel sebagai parti bermusim hanya aktif di saat-saat menghadapi Pilihan Raya.

Menurutnya sejak dahulu dan selama-lamanya UMNO memang dikenli sebagai sebuah parti yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat terutamanya masyarakat luar bandar yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan.

“Melalui program-program ziarah ini kita dapat menyelami masalah rakyat dan di suarakan kepada pihak berkenaan, walaupun di peringkat negeri kita tidak memegang kuasa pemerintahan namun itu bukan alasan bagi para pemimpin serta ahli UMNO untuk tidak meneruskan usaha berbakti kepada rakyat,” kata Bung Moktar