TAWAU: Pembantu menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan merasmikan Mesyuarat Tahunan Persatuan Kebudayaan Suluk Tawau di sini, kelmarin.
Mesyuarat itu diadakan di rumah adat Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Apas.
Hadir sama, Presiden persatuan itu Abd Latif Antong serta barisan AJK.
Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berharap persatuan itu terus memainkan peranan khususnya dalam memartabatkan Kebudayaan Suluk di Tawau.
Katanya persatuan kebudayaan itu juga digesa memainkan peranan membantu Kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan kalangan kaum di negeri ini.