PUTATAN: Usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan dalam kalangan pelajar terus diperkukuh menerusi penganjuran Program Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang SPM 2025 bagi Parlimen Putatan.
Ahli Parlimen Putatan, Shahelmey Yahya berkata, program tersebut merupakan inisiatif tahunan sejak 2020 sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
Menurutnya, program itu bukan sahaja bertujuan meraikan kejayaan pelajar, malah menjadi platform meningkatkan motivasi dan semangat mereka untuk terus berusaha.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya melaksanakan Program SmartJawab SPM setiap tahun bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan.
Katanya, kejayaan pelajar turut dipengaruhi oleh kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.
