KIMANIS : Dua lelaki maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Bukit Kimanis–Keningau pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.34 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Axia dan Proton Saga.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis yang tiba di lokasi mendapati kedua-dua mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu.
Mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seorang wanita berusia 52 tahun yang turut berada dalam kenderaan Perodua Axia mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Operasi ditamatkan selepas tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.
