TANJUNG KARANG (Selangor): Peratusan jumlah keluar mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong sehingga kini mencatatkan 37 peratus yang dijangka meningkat sebelum pusat penamaan calon di tutup pada jam 6 petang ini.
Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, peratusan ini menunjukkan tahap kesedaran dalam kalangan pengundi meningkat sekali gus memilih wakil mereka di DUN Sungai Burong ini.
Katanya, ini merupakan isyarat jelas pengundi di DUN Sungai Burong ingin memlilih wakil terbaik mereka disamping yakin segala permasalahan dihadapi dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat.
“Kita menyeru agar semua pengundi dapat turun beramai-ramai dengan menggunakan kesempatan yang ada untuk menunaikan tanggungtanggungjawab sepenuh mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
“Setakat pagi tadi, cuaca di kawasan DUN Sungai Burong baik namun dijangka mendung pada sebelah petang nanti. Oleh itu kita seru semua pengundi agar turun memilih wakil rakyat yang boleh membantu mereka di masa depan,” katanya di sini hari ini.
Noraini merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang berkata, sehingga kini jentera angkat khusus melibatkan wanita di bahagian Penampang berusaha keras agar dapat memastikan peratusan jumlah pengundi dapat ditingkatkan sebelum petang ini.
“Kita akan mengesan lagi beberapa pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab mereka, agar turun segera menggunakan peluang masa yang ada untuk keluar mengundi,” katanya.
DUN Sungai Burung menyaksikan pertembungan antara BN diwakili Mohamad Khir dan calon Perikatan Nasional dari PAS Mohd Zamri Mohd Zainuldin.
Kerusi DUN Sungai Burung pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dimenangi Mohd Shamsudin (BN).
DUN Sungai Burung mempungai jumlah Pengundi seramai 31,715 orang.