KOTA KINABALU: Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD KK) turun padang melaksanakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 26/2026 sempena Aidilfitri di Jalan Lintas, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, kempen itu bertujuan mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta memandu secara berhemah sepanjang musim perayaan.
Katanya, peningkatan jumlah kenderaan menjelang Hari Raya memerlukan tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan pemandu.
“Sebanyak 100 bungkusan cenderahati diagihkan kepada pengguna jalan raya sebagai simbolik kempen keselamatan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan mesra itu diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan.
