KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat Sabah (PKR) menafikan dakwaan beberapa pihak kononnya tidak mengundang Parti Warisan ke Himpunan Perdana Rakyat lalu merupakan satu tuduhan tidak berasas.
Timbalan Ketua Penerangannya, Razeef Rakimin berlata, tuduhan tersebut dilihat seolah-olah PKR Sabah tidak menghormati rakan dari gabungan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.
Katanya, ketika itu lebih 15,000 anggota serta penyokong PKR Sabah hadir termasuk rakan pimpinan dari Pakatan Harapan (PH), DAP, Amanah dan UPKO.
“Kita melihat beberapa parti komponen lain membabitkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Barisan Nasional (BN), LDP, STAR, PCS, PBS, PBRS, MCA serta beberapa parti lain juga hadir sama,” katanya dalam sidang media hari ini.
Razeef berkata, setakat ini PKR Sabah mendapati USNO bersama Warisan tidak dapat menghadiri acara ini berikutan mempunyai komitmen lain pada hari berkenaan.
“Kita tidak mahu untuk membuat kenyataan balas tetapi melihat tindakan beberapa pemimpin Warisan bertindak berdiam diri membenarkan tuduhan bahawa KEADILAN sengaja tidak menjemput mereka.
“Salinan surat jemputan serta bersama KEADILAN menghantar jemputan berserta maklum balas Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Sipin Warisan tidak dapat hadir pada waktu tersebut,” kata Razeef.
