PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Rimbayan, Keningau dan Kampung Simpang 3A di Tawau, Sabah mulai esok hingga 15 April ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kampung Rimbayan mencatatkan 29 kes positif selepas 301 ujian saringan dilakukan setakat semalam.
“Bagi Kampung Simpang 3A di Tawau, sehingga 31 Mac lalu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 12 ujian saringan dan daripada jumlah itu, tujuh kes positif direkodkan, manakala empat lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, PKPD itu bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain.
SabahNewsToday