LAHAD DATU: Jawatankuasa Pusat Kawasan Operasi Bencana (PKOB) melakukan pemeriksaan mengejut terhadap ‘Lima Kilang’ selepas didapati gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di daerah berkenaan.
Pengerusinya, Mohammad Ayub Yakub berkata, bagaimanapun dua kilang tersebut hanya diberikan Notis Amaran Pertama serta menetapkan tempoh dua minggu bagi membolehkan pemeriksaan susulan dapat dijalankan.
Katanya, daripada jumlah itu dua kilang yang beroperasi memproses Minyak Kelapa Sawit dan Kilang Papan didapati gagal menyediakan Aplikasi Pengimbas MySejahtera serta tidak menghadkan kehadiran 60 peratus pekerja mereka.

“Sekiranya pemilik kilang ini masih gagal mematuhi notis amaran tersebut, pihak PKOB dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Lahad Datu tidak akan teragak-agak untuk mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 kepada mereka.
“Setakat ini pihak PKOB masih bertolak ansur untuk memberikan kelonggaran kepada pemililk kilang ini bagi memberi peluang kepada mereka mematuhi SOP yang disediakan….tetapi jika pemeriksaan kedua nanti masih gagal dipatuhi PKOB akan ambil tindakan tegas secara serta-merta,” katanya.
Mohammad Ayub yang juga Pegawai Daerah Lahad Datu berkata, pemeriksaan mengejut ini dijalankan selama empat itu berikutan terdapat susulan wujudnya ‘Kluster Jalan Kilang’ di daerah Lahad Datu baru-baru ini.
“Pemeriksaan ini juga bagi melihat serta menasihatkan pemilik kilang agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan KKM, sambil memastikan perkara asas termasuk menyediakan Aplikasi Pengimbas MySejahtera serta Menghadkan Kehadiran 60 peratus pekerja mereka sentiasa dipatuhi sepanjang tempoh PKP,” katanya.
Sebagai rekod terdapat lebih 30 kilang beroperasi di daerah ini yang memerlukan kerjasama daripada semua pihak agar dapat mematuhi garis panduan SOP yang ditetapkan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19 di daerah berkenaan.
SabahNewsToday