KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan bahawa pertukaran pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) baru-baru ini tiada kaitan dengan prosedur operasi stndard (SOP) membenarkan rakyat makan di restoran yang diputuskan Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri.
Katanya, pertukaran itu dibuat atas keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai tinggi di Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dr Christina Rundi antara beberapa pegawai tinggi yang dikenal pasti ada potensi untuk pegang jawatan lebih tinggi di KKM dan beliau ditukar ke ibu pejabat sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Ketua Menteri bagi pihak kerajaan negeri sendiri merayu agar Christina dikekalkan di Sabah dalam keadaan pandemik Covid-19 yang serius tetapi kerajaan persekutuan tidak dapat mempertimbangkannya atas sebab tertentu.
“Saya sendiri juga telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah), merayu agar Christina dikekalkan atau sekurang kurangnya bertukar hanya pada hujung tahun.