Perlawanan Sabah FC menentang Terengganu masih tanpa penonton

Benedict Asmat

Oleh: Zakaria Damit
KOTA KINABALU: Perlawanan ke lima Liga Super Malaysia 2021 di antara Sabah FC menentang Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu esok (Ahad) masih tidak membenarkan kehadiran penyokong untuk datang menyaksikan perlawanan itu.

Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA), Benedict Asmat berkata, setakat ini SAFA masih menggunakan peraturan perlawanan menentang Terengganu FC tanpa penyokong bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pemain.

Katanya, sekiranya SAFA sudah menerima SOP terbaharu berhubung kebenaran tersebut, pihaknya akan membuat kenyataan media dalam tempoh terdekat.

“Ketika ini SAFA masih terikat dengan SOP sedia ada dengan tanpa kehadiran penonton sekaligus mematuhi arahan sedia ada yang dikeluarkan FAM.

“Pihak MFL / FAM akan mengenakan denda sehingga RM100,000 dan pemotongan tiga mata sekiranya SAFA melanggar SOP ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini apabila diminta mengulas runggutan orang ramai yang ingin ke Stadium Likas malam esok untuk menyaksikan perlawanan antara Sabah FC menentang Terengganu FC.

Benedict berkata, semua mereka yang terlihat dan bertugas berada stadium perlu memakai pelitup muka sambil melakukan amalan penjarakan fizikal pada setiap masa.

“Individu di Stadium perlu merekodkan suhu badan mereka dalam aplikasi My Sejahtera….Jika suhu melebihi 37.5 sambil mengalami gejala seperti demam, batuk serta sakit tekak tidak dibenarkan masuk,” katanya.

“Semua pihak perlu akur dengan larangan ini….Pihak MFL dan FAM memberikan amaran keras jika arahan ini gagal dipatuhi oleh SAFA dalam siri perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas kelak,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply