Perkhidmatan E Bus memulakan operasinya hari ini

KOTA KINABALU: Perkhidmatan Bas elektrik (e-Bus) awam pertama Sabah memulakan operasi sulungnya di bandaraya hari ini.

Majllia pelancaran dilakukan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai, mewakili Menteri, Datuk Jafry Ariffin, di Wisma Tun Fuad Stephens hari ini.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma sepanjang tempoh pengenalan ini yang dijangka berlangsung selama tempoh enam bulan.

Perkhidmatan bas ini sudah memberi keselesaan kepada pengguna sistem pengangkutan awam di ibu negeri.