Perbadanan Labuan tidak akan lanjutkan tempoh membaharui lesen perniagaan berakhir 31 Disembar ini

LABUAN: Perbadanan Labuan tidak akan melanjutkan tempoh membaharui lesen perniagaan tahun 2024 selepas tempoh membaharuinya tamat pada 31 Disember ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzilah Mahmud berkata, sebelum ini pihaknya telahpun mengeluarkan notis untuk memberikan lanjutan tempoh pembaharuan lesen perniagaan tiga bulan lebih awal berbanding dua bulan pada tahun sebelumnya.

Justeru itu, beliau mengesa para peniaga yang belum membaharui lesen perniagaan mereka segera berbuat demikian sebelum 31 Disember ini.

“Sehingga kini hanya 50 peratus sahaja yang tampil untuk membaharui lesen perniagaan mereka dan kepada peniaga yang gagal membaharui lesen perniagaan selepas 31 Disember ini akan dikenakan kompaun kerana berniaga tanpa lesen,” katanya semasa melaksanakan tinjuan mesra ke premis premis perniagaan di sekitar bandar Labuan, pada Selasa lepas.

Beliau berkata, sehingga kini jumlah lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh Perbadanan Labuan sebanyak 9,437 lesen.