Sidang DUN Sabah – Cadangan pembesaran Lapangan Terbang Tawau dilaksanakan bermula tahun depan

KOTA KINABALU : Cadangan menaiktaraf Lapangan Terbang Tawau diluluskan dalam Rolling Plan ke-4 Rancangan Malaysia Ke-12 sekali gus akan dilaksanakan pada tahun harapan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dah Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, cadangan ini akan melihat penambahan peningkatan kapasiti terminal daripada 1.5 juta penumpang kepada 2.5 juta setahun.

Katanya, projek ini akan menambahbaik kemudahan proses pelepasan serta ketibaan penumpang di kawasan pantai timur.

“Langkah ini sekali gus akan meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan operasi di Lapangan Terbang.

“Projek ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2024 dengan jangkaan siap pada pertengahan 2027,” katanya pada jawapan pertanyaan lisan (Justin Wong Yun Bin – ADUN Sri Tanjung) di persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Christina menambah, pihak Malaysia Airports sentiasa mengadakan sesi libat urus secara berterusan dengan semua pemegang taruh secara berkala.

“Ini bagi memastikan kesemua lapangan terbang berada dalam keadaan yang terbaik serta dalam keadaan mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan,” jelas Christina.