RANAU : Jalan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu ditutup sepenuhnya akibat keadaan angin kencang, berkabus dan hujan lebat bermula jam 3.30 pagi tadi.
Menurutnya kenyataan Substesen Panalaban Taman Kinabalu, Aizuddin Kintai berkata, suhu sejuk (8.4 Darjah Celcius) serta kelembapan tinggi (99%) selepas aktiviti pemantauan keselamatan pendakian berterusan dilakukan di Kompleks Panalaban bermula dari pagi Isnin, sehingga jam 03:30 pagi hari ini.
“Taklimat keselamatan awal serta penangguhan aktiviti pendakian dilakukan pada jam 02.30 pagi.
“Ini disusuli dengan taklimat penutupan pendakian ke puncak Kinabalu pada 03.30 pagi kepada semua pendaki,” katanya dalam kenyataan disiarkan di Facebook rasmi Taman-Taman Sabah hari ini.
Aizuddin berkata, Taman-Taman Sabah komited serta siap siaga memantau keselamatan pendaki Gunung Kinabalu tidak kira keadan cuaca atau waktu agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh pendakian.