LABUAN: Seorang penunggang motosikal berusia 33 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di Jalan Rancha-Rancha kira-kira pukul 12.20 tengah malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Labuan, Supt Mohd Hamizi Halim, berkata kemalangan itu melibatkan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan pemandu SUV wanita tempatan berusia 44 tahun.
Menurutnya, siasatan awal mendapati SUV yang bergerak dari arah Rancha-Rancha menuju ke Kerupang dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara hadapan dengan motosikal yang datang dari arah Pusat Bandar Labuan.
“Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Nukleus Labuan, namun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.15 pagi ketika menerima rawatan,” katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat kemalangan jalan
