25 C
Kota Kinabalu
Friday, July 1, 2022

Pemuda PAS Sabah sedia bertanding PRU15

KINABATANGAN: Dewan Pemuda PAS  Sabah bersedia mencalonkan anak-anak muda dalam dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Ketuanya, Hendri Hamsah, berkata Pemuda PAS memiliki calon berkarisma tinggi berintegriti serta profesional dari pelbagai bidang yang boleh ditonjolkan dalam PRU15 sebagai saingan kuat kepada parti lain yang ada.

“Kami sudah menyenaraikan calon anak muda tempatan yang berkelayakan sesuai dengan ciri-ciri sebagai wakil rakyat yang terbaik untuk bertanding dimana-mana kawasan parlimen,” katanya.

Beliau juga meyakini PAS mampu memenangi beberapa kerusi tumpuan berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap gerak kerja yang telah dilakukan sepanjang masa oleh PAS, khususnya untuk aktiviti gerak kerja kemanusiaan dan kebajikan.

“Penerimaan masyarakat kepada PAS atas kepimpinan yang ditonjolkan di peringkat persekutuan dan kebolehan PAS memerintah beberapa negeri di semenanjung dengan profesional, amanah dan bersih dari rasuah menjadi signal yang baik,

Tambah lagi, prestasi dan kesungguhan ADUN dilantik Negeri Sabah, Dr Ali Akbar Gulasan sepanjang tugas beliau berkhidmat juga memberi impak positif dalam kalangan rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan bangsa,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, PAS Sabah menyatakan hasrat untuk meletakkan calon di beberapa kerusi lain di Parlimen negeri ini yang diyakini boleh menang pada PRU nanti.

Related Articles

Stay Connected

156,572FansLike
2,122FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles